Sunday, December 20, 2009

Kenapa kes ragut meningkat?

Kesedaran yang kurang serta mengambil sikap tidak endah tentang keadaan sekeliling

Ini untuk kaum wanita..kalau pakai beg jenama yang mahal2..niat tu lebih pada untuk menunjuk2...jadi mudahlah kerja si peragut

Terlalu ramai yang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri

Bilangan penguatkuasa yang tidak cukup bagi sesuatu kawasan

Perancangan bandar yang kurang sempurna menyebabkan lokasi ragut bertambah

Tuesday, December 15, 2009

PUTUS KEPALA" MaT ReMpIt...fikir.. fikir.. fikir




Isu mat rempit yang hangat diperkatakan kini telah banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai.. Pelbagai langkah telah di ambil oleh pihak berwajib untuk mengurangkan gejala ini. Tapi malangnya ia hanya memberi kesan kepada segelintirnya sahaja..Oleh yang demikian di sini kami ingin menunjukkan gambar mangsa yang agak ngeri hasil daripada aksi-aksi hebat mat rempit..
Apa nak jadi dengan anak- anak kita



RENUNG- RENUNG LAR............................

PAKAIAN TRADITIONAL INDIA SARI
















Di kalangan kaum India, seorang gadis mula-mula memakaI sari apabila dia meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja pada usia sekitar 12 tahun. Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah “dewasa”. kain sari itu sendiri yang panjangnya sekitar enam meter, dan blaus pendek (sering disebut coli sahaja).


Tidak kurang penting juga adalah barang perhiasan diri seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya. Wanita India memakai perhiasan diri pada setiap anggota badan yang terdedah pada pandangan umum.
Sama ada disedari atau tidak, sari berfungsi sebagai media komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu berupaya disampaikan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak kain, cara pemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai. Warna blaus, fesyen blaus dan corak blaus juga mempunyai pengertian tersirat. Secara konvensional, sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu. Tidak dapat dipastikan mengapa, tetapi imej itu sudah sebati dengan golongan balu. Si pemakainya secara automatis dianggap golongan yang sudah merasai segala nikmat dan derita hidup, dan kini menunggu masa untuk kembali menemui Tuhan.


Di kalangan masyarakat India yang beragama Kristian pula, wanita yang kematian suami memakai sari hitam semasa majlis pengebumian.


Secara tradisional, setiap keturunan dan golongan sosial dalam masyarakat India mempunyai cara pemakaian sari yang tersendiri. Golongan Brahmin misalnya mengikat sari dengan cara yang khusus. Golongan bawahan yang bekerja di sawah, ladang atau memcuci pakaian (dobi) memakai sari hingga ke paras lutut; sesuai dengan jenis pekerjaan yang dilakukan. Jadi cara pemakaian sari turut menunjukkan status sosial dalam masyarakat mengikut jenis pekerjaan.

Para pereka mencipta fesyen dan pemakaian sari secara moden. Dengan ini, cara memakai sari juga turut mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Cara pemakaian sari dikatakan boleh menggambarkan peribadi seseorang. Sari yang dipakai ketat sehingga menampakkan susuk tubuh menunjukkan bahawa si pemakai berani dan berbangga dengan bentuk tuduhnya; lalu mahu ditayangkannya kepada umum. Sekiranya selendang digunakan untuk menutup kepala serta bahagian pinggang tidak banyak terdedah, si pemakai mungkin malu dengan bentuk tubuhnya atau semata-mata tidak mahu “mempertontonkan” tubuhnya kepada umum.

Sari daripada benang sutera dipakai oleh wanita yang lebih berada berbanding sari kain nilon atau kain kapas. Kanchipuram dan Banares (negara India) adalah antara jenis sari kain sutera yang bermutu tinggi serta mahal harganya; bergantung kepada kualiti dan seni tenunan. Yang nyata, selain fungsi asas sebagai pakaian yang melindungi badan, sari juga berupaya menyalurkan pelbagai mesej dan maklumat kepada orang ramai yang memperhatikan si pemakai. Selain sari terdapat juga pakaian tradisional lain bagi kaum wanita iaitu salwar kameez.Walaupun pakaian ini sebenarnya berasal daripada orang Punjabi namun kaum India juga biasa memakai pakaian ini.

KEMPEN KITAR SEMULA BATERI TELEFON BIMBIT





















Mengikut kajian seramai 16 juta rakyat malaysia menggunakan telefon bimbit dan daripada jumlah tersebut 58.7% lelaki dan 41.3% perempuan .Namun begitu ramai tidak mengetahui pelupusan yang selamat bagi bateri telefon bimbit yang terpakai. Kerajaan telah mengkaji beberapa strategi yang berkesan bagi menangani masalah pembuangan bateri telefon bimbit ini. Antaranya ialah kempen kitar semula bateri telefon bimbit .Ini adalah untuk memastikan bateri telefon bimbit terpakai diurus dengan betul dan tidak dibuang sewenang -wenangnya.


MENGAPA KITAR SEMULA


Bateri telefon bimbit terpakai ini mengandungi logam berat seperti kadmium, litium, nikal atau merkuri . pelupusan bahan pembungan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar terutama tanah tanih dan air bawah tanah dan menjejskan kesihatan awam.


APAKAH KESANYA

KADMIUM

Ia boleh membwa penyakit paru- paru buah pingang tulang dan risiko penyakit kanser

LITIUM

Memberikan kesan sampingan seperti cirit birit rasa loya dan muntah dan kesukaran untuk berjalan

PLUMBUM

Mengangu sistem saraf juga mengakibata gangguan terhadap perkembangan mental kanak-kanak

MERKURI

Mengakibatkan kesan buruk terhadap sistem saraf dan buah pinggang dan menimbulkan masalah penglihatan,pendegaran dan hilang ingatan.

Monday, December 14, 2009

Tsunami

Story of Tsunami

Video upin dan ipin kanak kanak bestari

cerita upin dan ipin di hari raya


Menara Kuala Lumpur


Menara Kuala Lumpur merupakan menara tertinggi di dunia .Ia dibina pada tahun 1998 dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 Tun dr Mahathir Mohammad